Tuesday 21 April 2009

PERMATA HATIKU.....




Yang baik jadikan amalan,


Yang buruk jadikan sempadan




Ibarat telur sesangkak,


Pecah sebiji pecah semuanya





Biasakanlah mengusahakan kebajikan


Biasakanlah menghindari keburukan


Biasakanlah bersatu mengharungi cabaran





Bersatu itu satu. Satu usaha, satu tenaga


dan satu gabungan fikiran yang akan


membawa kemakmuran hidup





Jika hormat kepada orang,


Orang akan hormat kepada kita





Perasaan sombong itu sama sahaja seperti


ayam jantan, disangkakan matahari terbit


setiap pagi kerana hendak mendengar


kokokannya.





Bulat air kerana pembetung,


Bulat kata kerana muafakat.





Amalan berbudi jadikan pegangan,


Tentu kalian hidup harmoni





Bekerjasama dengan rakan sejawat,


Bereskan tugasan jangan terlewat





Keunggulan peribadi amalan positif,


Kerendahan peribadi tindakan negatif





Sentiasa bertindak dengan profesional,


Tidak melatah dan tidak emosional.

DENGARLAH ANAK-ANAKKU.......


BURUNG KENEK-KENEK,

HINGGAP DI ATAS DAHAN;

PESAN DATUK NENEK,

PATUH PERINTAH TUHAN.


BURUNG KENEK-KENEK,

HINGGAP DI ATAS PAGAR;

PESAN DATUK NENEK,

RAJIN-RAJINLAH BELAJAR.


BURUNG KENEK-KENEK,

HINGGAP TEPI PERIGI;

PESAN DATUK NENEK,

BANGUNLAH PAGI-PAGI.


BURUNG KENEK-KENEK,

HINGGAP DI POHON KELAPA;

PESAN DATUK NENEK,

PATUHILAH IBU BAPA.


BURUNG KENEK-KENEK,

TERBANG TINGGI DI ATAS AWAN;

PESAN DATUK NENEK,

PANDAI-PANDAILAH CARI KAWAN.


BURUNG KENEK-KENEK,

HINGGAP DI POHON SENA;

PESAN DATUK NENEK,

JADI ORANG BERGUNA.

IBU KOTAKU...


Tersergam indah

kota warisan

terkenal di seantero dunia

lambang kemegahan

bangsa berdaulat



Kuala Lumpur

di sini

kita hirup udara segar

kita petik bunga mekar

kita kejar mentari bersinar

kita nyanyi lagu syahdu



Kuala Lumpur

di sini

kita lakar hayat penuh makna

kita bina mahligai bahagia

impian indah jadi nyata



Kuala Lumpur

selagi nafas berdenyut

selagi upaya bergayut

kita redah segala

kita perjuangkan untuk semua

yang gagah datang membantu

yang lemah kita bantu

Kuala Lumpur akan jadi bukti

kita sememangnya bangsa perkasa

GURINDAM HATI....ANAK DISAYANG BUKAN DIMANJA...




Anak ibarat kain putih,
Diasuh diajar dididik dilatih.

Kalau anak tidak dilatih,
Jika besar ibu bapa letih.

Kalau anak tidak diajar,
Jika besar jadi kurang ajar.

Jika anak hidup derhaka,
Akhirat nanti masuk neraka.

Jika anak membalas jasa,
Ibu bapa berasa selesa.

Mendidik anak dari kecil,
Biar akalnya seperti kancil.

Anak yang baik mendengar kata,
Jiran tetangga tidak mengata.

Anak yang baik dengar nasihat,
Apabila besar tidaklah jahat.

MUTIARAKU...


UNTUK MENDAPAT TEMAN,
JADILAH SEORANG TEMAN.

PERSAUDARAAN IALAH PERLINDUNGAN
YANG PALING HANDAL.

JIKA KITA BERBUAT BAIK,
KEBAIKAN PULA YANG AKAN DITERIMA.

MEMBERI TIDAK HARUS MENGASIHI,
TETAPI MENGASIHI DISERTAI DENGAN PEMBERIAN.

ORANG BIJAKSANA MELENGKAPI KEHIDUPANNYA
DENGAN BANYAK PERSAHABATAN.

DI MANA BUMI DIPIJAK,
DI SITU LANGIT DIJUNJUNG......

ANGGUN SERI....




Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.
Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

TERKONO.....

1."Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .
"Jawapannya kerana :kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran...
"Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!!
( MOUSE )MASIH PICIT??LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut...
"makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, maka berdoalah;
dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

SYURGAMU IBU.....


Duhai apakah gerangan

budi balasan

Bagi insan melahirkan membesarkan

Bercucuran airmata

bila mengenangkan

Betapakah besar budi

ibunda berikan
Siang malam menderita

hingga entah bila

Sungguh besar pengorbanan

ibunda berikan

Duhai apakah gerangan

budi balasan

Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahgia jika tiada doa puja restu

Syurga itu di telapak kaki ibu......


Wednesday 15 April 2009

Renjis- Renjis Dipilis


Pengantin bersanding lagi di pelamin
direnjis bedak sejuk berair wangi
daun sedingin daun sepulih
melembut semangat kasih
beras kunyit ditabur murahlah rezeki
sanak tua merenjis kedua-dua mempelai
berdoa memberi restu
bunga telur dihulur lambang benih keturunan
nasi pulut dijamah murni di hati
bunga rampai segenggam
harum tujuh bak bau
melur cempaka kenanga kesturi
tikam seladang mawar kembang cina
penuhlah setaman harum ke jiwa
sekolah kasih sayang.

Tari piring berdenting cincin
nyala lilin menerang ruang
liuk lentok mendamai kedua-dua mempelai
sempurnalah ikat janji
pertemuan ketentuan Ilahi.

Kukuhlah melawan gelombang
biduk bersama
berdayung ke muara
menuju ke pantai
bercambah zuriat
damailah ke akhir hayat.

Tiang Seri-Kampung Paya Kami


’Kata mak, Siti lahir tepat jam empat petang,
hari Selasa ketika bahang siang...’
udara panas meruap tegang
mak bersandar di tiang seri
pegang tiang kala sakit mendesak
tiang seri rumah nenek bergoncang
mak pegang erat
mak mengaduh panjang
Si Siti kecil terus menendang
menerjang dalam perut
bidan Diyeh mengurut dan menekan
terkembang harum minyak kelapa
Siti ingin cepat keluar menerpa.

Mak lihat tiang seri meliuk-liuk
sayup suara abah mengalun azan
Siti melonjak dalam perut
mak kesakitan menggeliat
keringat tumpah menyatu air
tembuni dan darah!
Bahang siang meruap
kampung Paya direnjis renyai petang
mak terlena kemudian terjaga
tangis Siti kecil berbunga
takut melihat dunia?