Monday 17 August 2009

PERMATAKU...



Kau sentiasa mendampingiku,
Tanpamu diriku pasti merana,
Tanpamu hati dan perasaanku lara,
Tanpamu kesedihan pasti melanda,
Tanpamu sepi diriku sentiasa.

Sayangku…
Kehadiranmu membuatkan hidupku bermakna,
Kehadiranmu menceriakan hayatku,
Kehadiranmu membahagiakan cintaku,
Kehadiranmu membuai impianku.

Kasih…
Engkaulah dunia,
Engkaulah ratu hati,
Engkaulah cinta abadi,
Engkaulah embun kasih,
Engkau sentiasa di hatiku.

tugasan 1- CERITERA CINTA..




Sekadar berkongsi cerita....Tempat Menarik Untuk Kita Lawati...

Semua orang tahu bahawa negara kita Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang amat menarik untuk kita lawati. Tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia sama ada dengan keindahan pulau-pulaunya, kawasan peranginan tanah tinggi, atau tempat-tempat yang bersejarah. Setiap tempat ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang dapat memikat pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara datang. Di sini saya ingin bercerita tentang keistimewaan bebarapa tempat yang menarik di Malaysia berdasarkan pengalaman yang telah beberapa kali bercuti ke sana.
Antara pulau yang menarik untuk kita lawati adalah seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan banyak lagi. Apabila berada di Pulau Langkawi, pastinya kita tidak akan berasa jemu (terutama bagi perempuanlah sebab seronok membeli-belah tetapi… bagi lelaki mungkin sebaliknya). Dataran Lang akan menyambut kehadiran kita ketika sampai di pulau bebas cukai ini jika datang dengan menaiki feri. Syoknye…. kerana di sini coklat dijual dengan harga yang memang murah. Begitu juga, bagi kaum ibu yang akan seronok sakan ketika membeli pinggan pangkuk berjenama dengan harga yang memang murah sehingga 30-40% berbanding harga di katalog. Di sini juga ada Telaga Tujuh, Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan pelbagai lagi. Selain itu, tidak ketinggalan Pulau Tioman dan Pulau Redang yang memang cantik terumbu karang dan pemandangan di dasar lautnya. Ketika berada di pulau ini kita akan berasa aman dan tenteram daripada sebarang kesibukan.

Jika kawasan peranginan tanah tinggi pula kita akan berasa seronok apabila berada di Genting Higland. Di sini ada taman tema luar dan dalam yang mempunyai pelbagai permaianan yang menyeronokkan. Tapi…ada berani ka? Permainan di sini banyak yang mengecutkan perut. Selain itu, kita akan berasa seronok jika berada di Cameron Highland kerana dapat memetik sendiri buah strawberi. Di sini kita akan berasa tenang ketika menyaksikan sayur-sayuran yang ditanam segar, bunga ros yang mekar berkembang dan ladang teh yang menghijau.

Kawasan bersejarah yang menarik dilawati pula di Melaka. Di Melaka ada Taman Mini Malaysia yang terletak di Air Keroh. Di Taman Mini Malaysia ini kita boleh melihat sendiri keistimewaan 14 jenis rumah yang terdapat di Malaysia seperti rumah Negeri Sembilan (unik tau…ialah rumah negeri kelahiran aku), rumah Sarawak (Daniel dan Tien, kalau rindu kampung pergi le sana) dan banyak lagi. Berhampiran taman mini ini juga terdapat Taman Burung, Taman Buaya, Zoo Melaka, dan Dataran Pahlawan. Jadi kalau ke Air Keroh kira pakejlah sebab banyak tempat untuk dilawati…Wah, macam pemandu pelancong pulak den… Manakala, di Bandar Hilir banyak bangunan yang kaya dengan nilai sejarah seperti A’Famosa (peninggalan Portugis), Bangunan Stadhuys (peninggalan Belanda) serta Perigi Hang Tuah.

Jadi kawan-kawan, apa lagi hujung tahun ni pergilah bercuti dengan keluarga tersayang…Hargai dan sayangilah keindahan yang terdapat di negara kita…..sambil bercuti boleh merapatkan kasih sayang…

Bersua kembali.....



salam sejahtera semua,

Bersua kembali kita dalam blog saya. Emmm..semester ini dr normaliza mengajar saya dan rakan-rakan yang lain Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan pula..Apabila ternampak sahaja nama dr normaliza dalam jadual kuliah semester ini hati saya sudah terdetik yang kami akan banyak mendapat tugasan amali. Jadi, ketika itu saya telah membuat persiapan minda sebelum memulakan kuliah pada hari pertama semester ke-6 ini. Ini kerana saya dan kawan-kawan telah pernah menjadi pelajar dr normaliza pada semester lepas. Pada awal semester lepas saya terkejut apabila mendapat seorang pensyarah yang garang dan tegas macam cikgu sekolah iaitu dr normaliza. Pada masa yang sama beliau pernah menggantikan dr arbai'e mengawasi kami semasa peperiksaan pertengahan semester 1 bagi kertas Bahasa Melayu Tinggi. Memang garang beliau ketika itu, sampai kami nak angkat kepalapun tak boleh. sampai lenguhlah kepala masa tu....

Tapi....itu dulu. Tak kenal maka tak cinta....Betul tak kawan-kawan? Selepas kenal dan menjadi pelajar beliau barulah kami tahu beliau mulut je garang tapi 'sporting' giler. Semasa kelas beliau kami boleh bergurau dan bergelak ketawa tapi tugasan mesti siap beb... malahan hubungan kami sekelas dengan dr dah macam kengkawan lak...tapi kami masih tahu menjaga batas masing-masing sebagai seorang pelajar. Betul tak dr?Aduh...dengan dr ni banyak sangat kerja amali... memang agak terbeban, maklumlah kamikan bekerja pada siang hari...dengan beban kerja lagi...Walau bagaimanapun semua tugasan beliau tetap akan siapkan walaupun kekadang tak ikut masa yang ditetapkan..(Kekadang ke selalu???...tapi tulah dr normaliza memahami kami). Kami pun sedar apa yang beliau lakukan itu untuk membantu kami supaya sentiasa celik dengan IT....Terima kasih dr, begitu juga dengan adik Alia yang selalu menolong kakak dan kengkawan kakak yang kecoh tu...