Monday, 17 August 2009
PERMATAKU...
Kau sentiasa mendampingiku,
Tanpamu diriku pasti merana,
Tanpamu hati dan perasaanku lara,
Tanpamu kesedihan pasti melanda,
Tanpamu sepi diriku sentiasa.
Sayangku…
Kehadiranmu membuatkan hidupku bermakna,
Kehadiranmu menceriakan hayatku,
Kehadiranmu membahagiakan cintaku,
Kehadiranmu membuai impianku.
Kasih…
Engkaulah dunia,
Engkaulah ratu hati,
Engkaulah cinta abadi,
Engkaulah embun kasih,
Engkau sentiasa di hatiku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Permataku jua,
ReplyDeleteWalau hanya dua,
walau lelaki keduanya,
walau tunjuk laku,
walau kadang menceriakanku,
walau kadang menghiris hati ibu,
tetap sayang selamanya,
tetap kasih sepanjangnya,
tetap pujaan hatiku sepanjang masa.
Kerana,
merekalah harapanku,
merekalah curahan kasihku,
merekalah belaian jiwaku,
merekalah dalam doaku,
selamanya...
Wahai si ibu
ReplyDeletecintamu abadi
walakin jasadmu bersemadi
hatimu tulus
mencintai anak-anakmu
walau adakalanya
mereka merajuk
kenakalan mereka
kau hadapi
dengan senyuman
Wahai ibu
kesabaranmu
utuh membina kasih sayang
anak-anakmu
tabah hatimu
tiada tandingnya..
kak huda dan najwa, trimas...kerana sudi komen.
ReplyDeleteKau Permataku
ReplyDeleteAnakku
Kau permata dalam hidupku
Pengikat cinta antara ibu dan ayah
Hadirmu bagaikan sang suria
Yang menerangi kegelapan malam
Gelak tawamu penawar dukaku
Kaulah segalanya bagiku
Harta yang tidak ternilai
Dunia akhirat
Walaupun kadangkala aku terguris
Kaulah racun kaulah penawar
Harapanku agar kau menjadi anak soleh
Yang bisa mendoakan ibu bapanya
Anakku
Doaku sentiasa disampingmu
Kasih sayangku tidak berbelah bagi
Selamanya untuk anakku
Dunia ibarat roda...
ReplyDeleteSiapa pun tak boleh mendustakannya
Dulu....
Kau di situ
Di tempat anak-anakmu berada
Kau racun kau penawar duka
Kini
Kau memiliki belaian jiwa
Pelihatkan mereka
Mentaati ayah bonda
menyantuni yang muda
dan
meletakkan hak ditempat yang sepatutnya
Kelak
ReplyDeleteSinggah menjenguknya
Renung wajahnya
Pegang tangannya
Cium pipinya
Kelak
Fikir pengorbanannya
Terima kekurangannya
Akui kemuliaannya
Sanjungilah bondamu
Ibu...
ReplyDeleteTanpamu siapalah aku
Tanpamu tiada aku
Tanpamu aku bukan aku
Ibu...
Kasihmu tak pernah sepi untukku
Walaupun aku jauh denganmu
Ibu..
Ku dampakan kebahgiaan buatmu
Ku dampakan kau gembira ada aku
Namun aku pilu
Kerna tidak mampu
Bahgiakan mu
Sepanjang waktu
Kerna kita terpaksa berjauhan
Ibu...
Kau semangatku
Apa pun jua aku
Siapa pun jua aku
Kau tetap di sampingku
Ibu..
Ku faham jiwamu
Ku tahu hatimu
Kau sembunyikan segala
Resah dari ku
Terima kasih ibu
Kerna menerima aku
Sesungguhnya kasih ibu
Kasih sejati...
kau kekasih sejati..
ReplyDeleteperlukah aku menyatakan bahawa
kau yang teristimewa
kau yang tersayang
kau yang tercinta
kau yang terakhir
dan kau segala-galanya...
dan adakah kau mengerti
sebuah penantian
yang tiada penghujung
kerana tanpa dirimu
hati ingin
berkata-kata
walau tanpa suara
tanpa puisi indah
tanpa kau dengari
pastinya aku tetap
menghargai sebuah kehidupan
sebuah kasih sayang
yang lahir dari hatimu
yang sucimurni
yang kudusikhlas
kan ku himpun doa
mengiringi setiap
langkah gerakgeri
perjalanan kehidupanmu...
su, kak nor dan habsah,
ReplyDeleteterima kasih dan semoga kita sama-sama menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak iaitu jantung dan permata hati kita semua...
Ooi,
ReplyDeletecepatlah jadi ibu...he..he.. dan bersyukurlah kerana kita telah dikurniakan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya...
yaya,
ReplyDeleteMemang ibu segala-galanya dan tiada bandingan. Macam manapun seseorang anak itu baik atau buruk, seorang ibu tetap menyayanginya kerana ibulah yang telah melahir dan mambesarkan kita... Jadi, yaya sama-samalah kita menjadi anak yang terbaik dan boleh membahagiakan ibu sama ada ibu kita masih boleh ditatap atau telah kembali ke sisi-Nya...Al fatihah buat ibuku..Aku sentiasa menyanjungimu..
Kerana ibu
ReplyDeletedi sinilah aku
makan enak
tidur lena
main puas
gelak ketawa
Kerana ibu
di sinilah aku
besar dewasa
berpeluang belajar
hidup selesa
bahagia dirasa
Kerana ibu
di sinilah aku
semua yang baik
dimiliki dan
dinikmati
Kerana ibu...
......
Huiying,
ReplyDeletememang ibu banyak berkorban untuk kita. Keselesaan yang kita miliki kini semuanya kerana jasa ibu yang kita tak boleh bayar dengan wang ringgit..hanya kasih sayang yang kita boleh curahkan kepada mereka tetapi...adakah kita mampu memberikan kasih sayang seperti mana mereka lakukan kepada kita???...
Kekasih
ReplyDeleteKekasihku abadi
Hanya buatMu kekasih
Aku amat merinduiMu
Kekasih hatiku
Kekasih
Hanya padaMu ku berserah
Hanya padaMU ku mengabdi diri
Demi hidayahMu kekasihku
Hanya padaMU ku perhamba diri
Kekasihku
Berikanlah taufik dan hidayahMu
Buat insan seperti aku
Yang mengharapkan
Redha dan perlindunganMu
Wahai kekasihKU
p/s : Semoga kita sentiasa di bawah perlindungan yang Maha Esa. AMIN…
rozita,
ReplyDeletesungguhpun kita tak mampu memberikan kasih sayang seperti mana mereka lakukan kepada kita, tapi kita boleh menyayangi mereka sedaya upaya yang kita mampu.
Ita, cepat usahakan blog terbaru, Ooi tak sabar nak tunggu dah ni..hohoho...
ReplyDeleteSungguh....
ReplyDeleteBila bergelar ibu
Barulah tahu peranan ibu
Seperti ibu, mak kita
Yang melahirkan kita dan menyayangi kita
Apa yang kita rasa terhadap anak
Begitulah juga mak kita pada kita
Jadi, hargailah anak kita....
Hargailah ibu kita yang masih ada
Jagalah dan sayangilah mereka.