Monday 17 August 2009

Bersua kembali.....



salam sejahtera semua,

Bersua kembali kita dalam blog saya. Emmm..semester ini dr normaliza mengajar saya dan rakan-rakan yang lain Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan pula..Apabila ternampak sahaja nama dr normaliza dalam jadual kuliah semester ini hati saya sudah terdetik yang kami akan banyak mendapat tugasan amali. Jadi, ketika itu saya telah membuat persiapan minda sebelum memulakan kuliah pada hari pertama semester ke-6 ini. Ini kerana saya dan kawan-kawan telah pernah menjadi pelajar dr normaliza pada semester lepas. Pada awal semester lepas saya terkejut apabila mendapat seorang pensyarah yang garang dan tegas macam cikgu sekolah iaitu dr normaliza. Pada masa yang sama beliau pernah menggantikan dr arbai'e mengawasi kami semasa peperiksaan pertengahan semester 1 bagi kertas Bahasa Melayu Tinggi. Memang garang beliau ketika itu, sampai kami nak angkat kepalapun tak boleh. sampai lenguhlah kepala masa tu....

Tapi....itu dulu. Tak kenal maka tak cinta....Betul tak kawan-kawan? Selepas kenal dan menjadi pelajar beliau barulah kami tahu beliau mulut je garang tapi 'sporting' giler. Semasa kelas beliau kami boleh bergurau dan bergelak ketawa tapi tugasan mesti siap beb... malahan hubungan kami sekelas dengan dr dah macam kengkawan lak...tapi kami masih tahu menjaga batas masing-masing sebagai seorang pelajar. Betul tak dr?Aduh...dengan dr ni banyak sangat kerja amali... memang agak terbeban, maklumlah kamikan bekerja pada siang hari...dengan beban kerja lagi...Walau bagaimanapun semua tugasan beliau tetap akan siapkan walaupun kekadang tak ikut masa yang ditetapkan..(Kekadang ke selalu???...tapi tulah dr normaliza memahami kami). Kami pun sedar apa yang beliau lakukan itu untuk membantu kami supaya sentiasa celik dengan IT....Terima kasih dr, begitu juga dengan adik Alia yang selalu menolong kakak dan kengkawan kakak yang kecoh tu...

2 comments:

  1. Ita, cepatlah mana sajaknya? Akak dah tak sabar nak bersajak ni...ke ita bersajak kat tempat lain...hihihik.

    ReplyDelete
  2. Ita, cepatnya menyahut cabaran Dr kali ni... Tahniah!! Akak balik ber Deepa dulu. Tak leh nak mengarang dah.... 4 malam berturut2 periksa, 3 malam mengarang rasa kepala otak akak dah ting-tong dah....

    Semalam pun masa Kertas sastera ramai pelajar nampak tak bermaya dan asyik batuk2 serta selsema, dan asyik ke tandasje...Sian akak tengok. Termasuk diri akak nih.

    Tapi lagi simpati kat kawan-kawan yg ambik kom terpaksa sambung wat presentation lak. Noni sampai pengsan. Di doakan dia baik-baik aje selepas ni. Kadang-kadang pensyarahpun kene peke keadaan apabila saat-saat menghadapi exam terutamanya. Dan lagi diharapkan bebanan kerja biarlah ringan sedikit berbanding budak-budak fulltimer.

    Apa-apa pun apa yang diberi kita pasti terima dengan reda...kan

    ReplyDelete