Monday 17 August 2009

tugasan 1- CERITERA CINTA..




Sekadar berkongsi cerita....Tempat Menarik Untuk Kita Lawati...

Semua orang tahu bahawa negara kita Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang amat menarik untuk kita lawati. Tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia sama ada dengan keindahan pulau-pulaunya, kawasan peranginan tanah tinggi, atau tempat-tempat yang bersejarah. Setiap tempat ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang dapat memikat pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara datang. Di sini saya ingin bercerita tentang keistimewaan bebarapa tempat yang menarik di Malaysia berdasarkan pengalaman yang telah beberapa kali bercuti ke sana.
Antara pulau yang menarik untuk kita lawati adalah seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan banyak lagi. Apabila berada di Pulau Langkawi, pastinya kita tidak akan berasa jemu (terutama bagi perempuanlah sebab seronok membeli-belah tetapi… bagi lelaki mungkin sebaliknya). Dataran Lang akan menyambut kehadiran kita ketika sampai di pulau bebas cukai ini jika datang dengan menaiki feri. Syoknye…. kerana di sini coklat dijual dengan harga yang memang murah. Begitu juga, bagi kaum ibu yang akan seronok sakan ketika membeli pinggan pangkuk berjenama dengan harga yang memang murah sehingga 30-40% berbanding harga di katalog. Di sini juga ada Telaga Tujuh, Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan pelbagai lagi. Selain itu, tidak ketinggalan Pulau Tioman dan Pulau Redang yang memang cantik terumbu karang dan pemandangan di dasar lautnya. Ketika berada di pulau ini kita akan berasa aman dan tenteram daripada sebarang kesibukan.

Jika kawasan peranginan tanah tinggi pula kita akan berasa seronok apabila berada di Genting Higland. Di sini ada taman tema luar dan dalam yang mempunyai pelbagai permaianan yang menyeronokkan. Tapi…ada berani ka? Permainan di sini banyak yang mengecutkan perut. Selain itu, kita akan berasa seronok jika berada di Cameron Highland kerana dapat memetik sendiri buah strawberi. Di sini kita akan berasa tenang ketika menyaksikan sayur-sayuran yang ditanam segar, bunga ros yang mekar berkembang dan ladang teh yang menghijau.

Kawasan bersejarah yang menarik dilawati pula di Melaka. Di Melaka ada Taman Mini Malaysia yang terletak di Air Keroh. Di Taman Mini Malaysia ini kita boleh melihat sendiri keistimewaan 14 jenis rumah yang terdapat di Malaysia seperti rumah Negeri Sembilan (unik tau…ialah rumah negeri kelahiran aku), rumah Sarawak (Daniel dan Tien, kalau rindu kampung pergi le sana) dan banyak lagi. Berhampiran taman mini ini juga terdapat Taman Burung, Taman Buaya, Zoo Melaka, dan Dataran Pahlawan. Jadi kalau ke Air Keroh kira pakejlah sebab banyak tempat untuk dilawati…Wah, macam pemandu pelancong pulak den… Manakala, di Bandar Hilir banyak bangunan yang kaya dengan nilai sejarah seperti A’Famosa (peninggalan Portugis), Bangunan Stadhuys (peninggalan Belanda) serta Perigi Hang Tuah.

Jadi kawan-kawan, apa lagi hujung tahun ni pergilah bercuti dengan keluarga tersayang…Hargai dan sayangilah keindahan yang terdapat di negara kita…..sambil bercuti boleh merapatkan kasih sayang…

4 comments:

  1. Selapas membaca blog anda, saya berasa bangga kerana saya rakyat Malaysia. Saya mencintai Malaysia. Rasa-rasanya cuti ini saya patut pergi melancong. Cuti-cuti Malayisa.

    ReplyDelete
  2. Betul Ng, kenapa kita nak bazir duit melancong ke luar kerana negara kita terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati..Lainlah kalau sudah habis tempat di Malaysia ini untuk dilawati bolehlah jika nak luaskan pengalaman ke negara luar pula...

    ReplyDelete
  3. Memang banyak tempat pelancongan yang menarik di nagara kita. Suka sangat kalau dapat pergi berjalan-jalan.
    Mulai hujung tahun 2010 dapatlah kita semua pergi bermain sepuas-puasnya. Kenapa pula hujung tahun 2010?
    Sebab kita dah habis belajar masa lapang kan banyak?
    Seronok betul sungguhpun lagi setahun baru boleh menikmati masa lapang betul-betul.

    ReplyDelete
  4. iyalah hon, tak sabar rasanya nak tunggu akhir bulan oktober 2010. Masa tu tak perlu nak fikir assingment atau exams...Fokus hanya kat kerja kemudian kita enjoy.....pergi jalan-jalan loh..

    ReplyDelete